PETALING JAYA: Polis menahan dua remaja lelaki selepas sebuah video tular memaparkan aksi berbahaya mereka menunggang motosikal di Jalan Tun Razak, dekat sini. Remaja berusia 18 dan 15 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di sekitar Sungai Buloh, Selangor, kira-kira pukul 2 hingga 2.30 pagi tadi. Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zamzuri Mohd. Isa berkata,…










