PETALING JAYA: Dua pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan antarabangsa ke Doha dan Jeddah terpaksa berpatah balik serta dilencongkan, susulan kemungkinan risiko keselamatan ruang udara di sekitar Iran. Menurut MAS dalam kenyataan, penerbangan MH160 dari Kuala Lumpur ke Doha (KUL–DOH) dan MH156 dari Kuala Lumpur ke Jeddah (KUL–JED) yang berlepas semalam masing-masing berpatah balik ke Kuala Lumpur dan dilencongkan ke Chennai. Katanya, tindakan tersebut dibuat susulan nasihat keselamatan ketika…










