GEORGE TOWN: Dua anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melecur dalam kejadian letupan belon helium di Ibu Pejabat Bahagian Perlesenan MBPP di Lebuh Union, di sini semalam. Difahamkan, belon-belon berkenaan disita daripada seorang penjaja warga asing yang menjualnya semasa perayaan Thaipusam di Jalan Kebun Bunga, di sini, kira-kira pukul 10.45 malam semalam. Kejadian itu berlaku semasa anggota penguat kuasa tersebut dikatakan sedang menurunkan barang rampasan itu dari sebuah…










