Dua kali Azmin mahu letak jawatan Ketua Pembangkang Selangor - Utusan Malaysia

Dua kali Azmin mahu letak jawatan Ketua Pembangkang Selangor

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sudah dua kali Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa menyatakan hasrat meletak jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Sumber berkata, hasrat itu turut dinyatakan secara terbuka dalam Mesyuarat Perhubungan Negeri Selangor baru-baru ini.

“Dalam Mesyuarat Perhubungan Negeri Selangor baru-baru ini, dia (Mohamed Azmin) hendak letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor.

“Tidak tahulah kalau dia hendak bagi kepada orang lain. Sudah dua kali hendak letak tetapi tidak letak pun. Dahulu cakap dalam WhatsApp, yang kali ini dalam mesyuarat,” kata sumber kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, desas-desus mengenai peletakan jawatan Mohamed Azmin tercetus apabila beliau dikatakan menghantar mesej menerusi kumpulan WhatsApp ADUN Perikatan Nasional (PN) Selangor.

Mesej itu menyatakan hasratnya meletakkan jawatan berkuat kuasa 1 Oktober lalu dan meminta 21 ADUN terlibat berbincang bagi melantik Ketua Pembangkang baharu sebagai persiapan Sidang DUN akan datang.

Namun, mesej tersebut di­dakwa dipadam selepas mendapat reaksi daripada beberapa wakil rakyat termasuk ADUN Paya Jaras, Datuk Dr. Abdul Halim Tamuri daripada Pas yang meminta perkara itu dibincangkan dengan teliti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN