Disangka tidak jaga badan, Nad Zainal rupanya hamil anak keempat - Utusan Malaysia

Disangka tidak jaga badan, Nad Zainal rupanya hamil anak keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara dituduh semakin berisi dan tidak menjaga penampilan diri, pelakon, Nad Zainal akhirnya tampil menjelaskan dirinya kini sedang hamil anak keempat.

Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin berkata, pada awalnya dia tidak berhasrat untuk mengumumkan berita kehamilan tersebut kerana menganggap ia sebagai urusan peribadi keluarga.

“Sebenarnya saya memang tidak merancang untuk mengumumkan kehamilan ini. Pada usia sebegini, saya malas mahu memperbesarkan perkara tersebut, lagipun ini sudah anak keempat.

“Namun saya terpaksa membuat penjelasan di Threads selepas ada yang mendakwa saya tidak menjaga badan, sedangkan saya sedang hamil,” katanya.

Menurut pelakon itu, kekeliruan timbul apabila segelintir warga maya menegur penampilannya, khususnya pada bahagian perut.

“Ada yang tegur perut saya. Saya bukan buncit, saya hamil. Malas sebenarnya mahu umum anak nombor empat ini, tetapi saya cuma mahu beritahu, perut saya berisi bukan kerana makanan.

“Doakan yang baik-baik. Barulah ada semangat untuk menghias rumah dan diri semula. Janganlah terus mempertikai,” tulisnya.

Terdahulu, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom sebelum berpisah pada September 2022.

Beliau kemudiannya berkahwin dengan Ungku Ismail pada 23 Januari 2023 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN