Dakwaan salah guna kuasa: SPRM akan panggil beberapa individu lagi

Dakwaan salah guna kuasa: SPRM akan panggil beberapa individu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang dijangka memanggil beberapa individu lagi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan di negeri ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah SPRM negeri, Datuk S. Karunanithy ketika ditemui pada majlis sambutan Thaipusam peringkat negeri di Jalan Kebun Bunga di sini, hari ini.

“Ya, kita akan panggil beberapa orang lagi untuk membantu siasatan. Saya tak boleh ulas lanjut kerana SPRM masih menyiasat kes ini secara terperinci,” kata beliau.

Media sebelum ini melaporkan, SPRM Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa melibatkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri berkaitan urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat.

Kertas siasatan itu dibuka susulan pendedahan yang dibuat oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada persidangan DUN hujung tahun yang lalu.

Semalam pula, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak akan campur tangan dalam siasatan yang dijalankan oleh SPRM itu serta bersedia untuk memberikan sebarang kerjasama jika diperlukan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN