PETALING JAYA: Pemilik rumah sewa tidak boleh didakwa sekiranya premis milik mereka disalahgunakan oleh penyewa untuk aktiviti sindiket dadah jika tiada bukti terdapatnya unsur pengetahuan, niat atau subahat di pihak pemilik. Pengerusi Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan (NHRA), P. K Prakash berkata, pemilik premis hanya boleh didakwa sekiranya pihak pendakwa raya berjaya membuktikan bahawa pemilik mengetahui, membenarkan atau secara sengaja menyewakan kediaman tersebut bagi tujuan aktiviti dadah. “Pemilik premis atau pemberi…










