PETALING JAYA: Siasatan polis berhubung dakwaan untuk menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara membabitkan keluarga berpengaruh di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan menimbulkan persoalan tentang komitmen kerajaan terhadap demokrasi dan kedaulatan undang-undang. Naib Ketua Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), R. Sri Sanjeevan berkata, peruntukan yang membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara itu sepatutnya digunakan hanya terhadap ancaman sebenar yang melibatkan unsur ganas atau tindakan tidak berperlembagaan, bukan…










