KUALA LUMPUR: Peningkatan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2025 merupakan hasil reformasi kerajaan dalam memperkukuh tadbir urus, ketelusan serta akauntabiliti pengurusan kewangan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, antara usaha dilaksanakan termasuk pengenalan Akta Kewangan dan Tanggungjawab Fiskal 2023, pindaan Akta Audit 1957 bagi memperluas skop pengauditan serta penambahbaikan kerangka perolehan kerajaan. “Negara kini berada di kedudukan ke-54…










