COBRA JKDM rampas enam kontena berisi besi di Pelabuhan Klang

COBRA JKDM rampas enam kontena berisi besi di Pelabuhan Klang

Zulkifli (tiga dari kanan) pada sidang akhbar rampasan dadah, besi dan kenderaan elektrik yang dirampas JKDM bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pasukan Tempur Operasi Kastam (COBRA) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas enam kontena berisi besi di Pelabuhan Klang pada 19 Januari lalu.

Pengarah Kastam KLIA, Zulkifli Muhammad berkata, siasatan awal mendapati, besi pelbagai saiz itu dipercayai dibawa dari sebuah negara di Asia.

“Enam kontena itu membawa muatan besi seberat 145,281 kilogram (kg) dan tidak memiliki permit import yang sah daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

“Nilai rampasan dianggarkan RM683,164 dengan duti cukai yang cuba dielak sebanyak RM200,136 menjadikan jumlah keseluruhan RM883,301.15. Modus operandi dikesan melibatkan pengikraran tidak benar bagi mengelakkan keperluan permit import,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Zulkifli berkata, pihaknya menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN