SEREMBAN: Seni kaligrafi kekal menjadi antara hiasan wajib setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina kerana dipercayai membawa tuah, kesejahteraan dan doa yang baik kepada pemilik. Tradisi yang diamalkan sejak ribuan tahun itu turut membuka peluang rezeki kepada seorang pesara guru apabila beliau menerima lebih 200 tempahan kaligrafi dan lukisan kontemporari menjelang musim perayaan tersebut. Foo Yong Check, 74, berkata kebanyakan tempahan diterima seawal Disember lalu daripada institusi pendidikan, agensi swasta…










