SEREMBAN: Jalan Bukit Putus lama di sini yang sering dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah haram akan dipantau melalui pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) termasuk jenis mudah alih. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar berkata, pendekatan itu dilaksanakan bagi memastikan individu yang membuang sampah secara haram dapat dikenal pasti untuk diambil tindakan. Menurutnya, selain CCTV statik, pihak berkuasa turut menggunakan CCTV jenis mudah alih…










