Buruh maut dihempap ‘bucket’ jengkaut - Utusan Malaysia

Buruh maut dihempap ‘bucket’ jengkaut

KEADAAN lokasi kejadian seorang buruh maut dihempap ‘bucket’ jengkaut ketika melakukan kerja-kerja pembinaan longkang di Jalan Pantai Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang buruh maut selepas dihempap ‘bucket’ jengkaut ketika melakukan kerja-kerja pembinaan longkang di Jalan Pantai Geting, Pengkalan Kubor, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa yang berusia 31 tahun maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan longkang di kawasan tepi jalan menghala ke Pantai Geting.

Menurutnya, sebuah jengkaut yang dikendalikan oleh rakan mangsa dipercayai tergelincir dan bahagian ‘bucket’ jengkaut itu telah menghempap mangsa.

“Pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah terlibat.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat bagi tujuan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan intraabdomen yang teruk serta lebam pada paru-paru kiri.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di talian 09-725 7222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN