Bila tenang, sabar, baru boleh jawab secara rasional - Mia Sara Nasuha

Bila tenang, sabar, baru boleh jawab secara rasional – Mia Sara Nasuha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Mia Sara Nasuha memaklumkan tindakannya mengunci mulut di saat kontroversi membabitkannya dengan Puteri Balqis hangat menjadi sorotan sebelum ini kerana mahu ruang untuk berfikir.

Menurut Mia, dia enggan mengeluarkan sebarang kenyataan secara terburu-buru agar setiap maklum balas yang diberikan pada ketika itu tidak dipengaruhi dengan emosi amarah selain mahu mengumpul bukti.

“Bila kita terburu-buru untuk berkata dengan perasaan marah, yang keluar nanti caci maki sahaja. Bila kita tenang dan sabar, baru boleh berfikir secara rasional dan boleh jawab berasaskan fakta bukan emosi,” katanya di Threads.

Mia berkata demikian demi meleraikan segala pertikaian dalam kalangan netizen selepas dirinya menjawab dakwaan kononnya dia membuli Puteri Balqis, pada Rabu.

Tidak terhenti di situ, pelakon filem Papa I Love You itu menegaskan dia juga bertindak sedemikian kerana enggan perkara tersebut berlarutan sehingga melibatkan tindakan undang-undang.

“Saya mahu beri ruang untuk pihak sana berfikir. Kalau boleh tidak mahu masuk mahkamah, akan menyusahkan pihak sana. Saya masih ada empati,” balasnya terhadap komen seorang pengguna media sosial.

Dalam masa sama, Mia menyatakan perkongsian video yang dimuat naik sebelum ini hanyalah sekadar amaran agar pihak yang terlibat tidak terus memburukkan namanya.

Namun, dirinya tidak teragak-agak untuk melanjutkan tindakan undang-undang sekiranya isu tersebut masih berlarutan.

“Saya tidak kata saya tidak akan teruskan saman, saya beri amaran supaya mereka ada masa berfikir secara rasional.

“Tapi seperti yang saya katakan, kalau masih nak memburukkan, saya akan teruskan saman,” tegasnya.

Semalam, Mia secara terbuka menyatakan pendiriannya bahawa dia tidak pernah membuli Puteri Balqis seperti yang didakwa pelakon itu menerusi beberapa hantaran di Instagram sebelum ini.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram tersebut, Mia menegaskan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Balqis dan beberapa individu terlibat yang telah mencemarkan nama baiknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN