KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan menyerahkan sepenuhnya kepada pimpinan pusat menentukan nasib Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor selepas beliau menghadiri taklimat hala tuju bersama bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang dibuang daripada parti itu. Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, tindakan itu secara jelas melanggar arahan dikeluarkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melarang penglibatan wakil rakyat, pemimpin serta ahli-ahli…










