RAUB: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Raub dan Lipis menjadi dua bahagian paling awal dibubar di Pahang selepas pimpinan dan ahli jawatankuasanya keluar parti kerana mendakwa matlamat perjuangan sudah menyimpang dengan prinsip serta integriti. Ketua Bersatu Bahagian Raub, Datuk Fakrunizam Ibrahim berkata, barisan pimpinan dan ahli dua bahagian itu memutuskan keluar parti selepas menilai pelbagai isu yang disifatkan bercanggah prinsip perjuangan mereka. “Keputusan ini dibuat demi menjaga akidah, akhlak dan…










