PUTRAJAYA: Bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka yang juga bekas Timbalan Exco Kerajaan Negeri bersama isterinya tiba di Mahkamah Majistret untuk permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3 juta. Ia sebagai balasan membantu sebuah syarikat dilantik sebagai konsesi projek penambakan laut di sekitar Melaka. Kesemua suspek tiba kira-kira pukul 9.10 pagi ini dengan menaiki kenderaan SPRM selepas mereka ditahan…










