KUALA TERENGGANU: Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) membuka 43 kertas siasatan berhubung aktiviti pembalakan haram sepanjang 2025 dengan satu kes dibawa ke mahkamah melibatkan kompaun, denda dan ganti rugi hampir RM1 juta. Pengarah Perhutanan Terengganu, Ramli Mat berkata, penguatkuasaan berterusan dijalankan menerusi pelbagai operasi termasuk Op Kuda,yang dilancarkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2026. Katanya, operasi berkenaan adalah sebahagian daripada program rutin jabatan itu ketika musim perayaan dan cuti…










