Anak mahu berlakon, Diana Danielle dilema - Utusan Malaysia

Anak mahu berlakon, Diana Danielle dilema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa buntu selepas anak sulungnya, Muhammad menyatakan hasrat untuk menceburi bidang lakonan.

Menurut Diana, dia enggan mengizinkan anaknya yang berusia 13 tahun itu menceburi dunia seni, namun dihimpit dilema kerana tidak mahu putera kesayangannya terasa dikongkong.

“Muhammad banyak kalau minta berlakon lagi. Kali terakhir dia berlakon pada umur enam tahun. Dua sudah mula tunjuk minat untuk berlakon.

“Tapi saya taknak izinkan. Saya mahu lindungi dia selamanya. Tapi takut dia rasa terkekang. Anak lelaki 13 tahun mahu mula mencipta masalah untuk masa depannya,” katanya di Threads.

Perkongsian tersebut bagaimanapun telah menuai pelbagai respons dari warganet yang rata-ratanya menasihatkan pelakon filem Imaginur itu untuk menyokong impian anaknya.

Malah, ada yang berpendapat Muhammad berkelayakan untuk menceburi bidang lakonan memandangkan kedua ibu bapanya merupakan pelakon yang berpengalaman.

“Kalau dia minat dan ada bakat, apa yang awak tunggu lagi? Saya nampak itu perkara yang positive, bukan masalah. Baru meriah industri kita ada muka baru,” komen seorang netizen.

“Sebab dia ada darah seni. Terutamanya bapa dia antara pelakon terbaik di Malaysia,” komen seorang pengguna media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN