Amyza Aznan diuji lagi, anak kedua hidap kanser tulang - Utusan Malaysia

Amyza Aznan diuji lagi, anak kedua hidap kanser tulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Amyza Aznan mendedahkan dirinya sekali lagi diuji selepas anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang.

Khabar duka itu dikongsikan oleh Amyza menerusi sebuah hantaran di Instagram selain memaklumkan dirinya ditimpa dugaan yang sama seperti Februari tahun lalu selepas anak sulungnya, Andre Mikhaeil disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

“Hari ini, ramadan pertama, di bulan Februari, bulan kelahiran anak-anak saya. Sama yang berlaku tahun lepas, bulan ramadan dan pada bulan kelahiran, anak saya, Andre Mikhail berusia 18 tahun disahkan kanser paru-paru.

“Dan pada tahun ini, pada bulan ramadan juga dan pada bulan Februari juga bulan kelahiran anak saya Adrian Adam pula disahkan kanser tulang,” katanya.

Bagai luluh hati seorang ibu, pelakon drama Rindu Kasih itu perasaannya kini tidak mampu diungkap dengan sebarang kata-kata

Dalam masa sama, Amyza sekali lagi memohon orang ramai untuk mendoakan anak-anaknya yang kini sedang berjuang melawan kanser.

“Saya manusia dan juga ibu, ada berbagai rasa tapi tidak terluah dan takut untuk meluah.

“Hanya mampu memohon tumpangkan doa untuk anak-anak saya, Andre Mikhail dan Adam Adrian,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut dihujani pelbagai respons daripada rakan selebriti dan peminatnya yang rata-ratanya bersimpati dengan ujian yang diharungi Amyza.

“Semoga Allah angkat dan hapus segala penyakit,” komen Sharnaaz Ahmad.

“Allah saya kau Amyza. Sedih aku baca, sebak rasa. Semoga kau kuat sahabat,” komen Zarina Zainuddin.

“Semoga Allah angkat segala penyakit anak-anak akak,” komen Pekin Ibrahim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN