Amaran ribut petir, hujan lebat di tiga negeri hari ini - Utusan Malaysia

Amaran ribut petir, hujan lebat di tiga negeri hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tiga negeri hingga 10 pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, ia membabitkan Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin).

Katanya, cuaca sama juga diramal melanda Johor (Mersing) dan Sarawak (Kuching, Samarahan, Bintulu serta Miri (Subis).

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh satu jam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN