Amaran hujan lebat, angin kencang di tujuh negeri petang ini

Amaran hujan lebat, angin kencang di tujuh negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lapan negeri sehingga pukul 6 petang ini.

Menurut kenyataan, antara kawasan terjejas di Semenanjung melibatkan seluruh negeri Perlis serta beberapa daerah di Kedah iaitu Langkawi dan Kubang Pasu.

“Hujan lebat turut dijangka melanda tanah tinggi Cameron di Pahang serta Kuala Selangor, Gombak dan Petaling di Selangor.

“Cuaca sama diramal berlaku di Seremban, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan selain Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, di Sarawak, cuaca buruk dijangka melibatkan Serian, Samarahan, Lubok Antu di Sri Aman, Sarikei, Sibu, Matu di Mukah serta Song di Kapit.

Bagi Sabah pula, amaran berkenaan melibatkan kawasan Pantai Barat, Tawau dan Sandakan.

Menurut MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan susulan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang sedang atau dijangka berlaku melebihi tempoh satu jam di kawasan terlibat.

“Penduduk di kawasan yang disenaraikan dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta merancang perjalanan dengan teliti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN