JOHOR BAHRU: Parti Amanah Negara (Amanah) Johor telah mengenal pasti sejumlah 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Pengerusinya, Aminolhuda Hassan bagaimanapun berkata, perkara itu tertakluk kepada rundingan akhir bersama parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) Johor. “Pada PRN Johor pada 2022, kami turut merancang untuk bertanding 20 kerusi DUN namun perbincangan akhir menyaksikan kami menyerahkan empat kerusi kepada Parti…










