AKPS rampas barangan terlarang, lari cukai nilai RM82.1 juta

AKPS rampas barangan terlarang, lari cukai nilai RM82.1 juta

Mohd Shuhaily Mohd Zain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Biarpun baru ‘setahun jagung’, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) telah merekodkan pelbagai kejayaan menerusi operasi dan penguatkuasaannya di pintu masuk negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, sepanjang tahun lalu, AKPS berjaya merampas barangan terlarang dan lari cukai dengan nilai mencecah RM82.1 juta.

“Ini antara lain merangkumi rampasan narkotik bernilai RM20.2 juta dan keluaran pertanian berjumlah RM59.9 juta.

“Selain itu, kita juga berjaya menahan 29,411 pengembara berisiko daripada membolosi pintu masuk negara,” katanya ketika berucap pada majlis amanat tahun baharu Ketua Pengarah AKPS di sini, hari ini.

Katanya, kejayaan itu membabitkan dua daripada lima fokus utama yang digariskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa penubuhan AKPS pada 2024 melibatkan kawalan keselamatan sempadan, fasilitasi pengembara dan perdagangan, pengukuhan integriti serta pemerkasaan hasil negara.

“Inilah lima garis panduan yang menjadi tunjang kepada roh Akta 860 (Akta Kawalan dan Perlindungan Sempadan 2024). Mungkin kejayaan ini dikatakan sebagai permulaan yang baik untuk satu agensi yang baru, setahun jagung.

“Ketika ini juga, pihaknya dalam transisi untuk mengambil alih 98 lagi pintu masuk negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN