PETALING JAYA: Cubaan seorang lelaki warga asing menyeludup masuk mata wang asing bernilai RM2.4 juta gagal selepas diberkas oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) KLIA menerusi satu operasi pemeriksaan di balai ketibaan Balai Ketibaan Terminal 1 semalam. AKPS berkata, tangkapan yang dijalankan sekitar 10.30 pagi hingga 1 petang itu melibatkan seorang warga asing yang tiba menaiki penerbangan antarabangsa Batik Air pada Jumaat. Katanya, pemeriksaan awal mengesan imej mencurigakan…









