Ahmad Zahid hadir prosiding permohonan pembebasan penuh 47 pertuduhan - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid hadir prosiding permohonan pembebasan penuh 47 pertuduhan

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini, hari ini bagi prosiding permohonan pembebasan penuh 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapinya.

Pendengaran permohonan bagi dilepas dan dibebaskan ditetapkan pada pukul 9 pagi di hadapan Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor.

Prosiding dijangka bermula dengan hujahan peguam Ahmad Zahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

Pada 3 Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan, Mahkamah Tinggi menerima permohonan Ahmad Zahid untuk dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada 47 pertuduhan berkaitan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Permohonan itu difailkan oleh Hisyam dengan menamakan Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai responden.

Hisyam berkata, pihak pembelaan mengambil langkah berkenaan selepas AGC memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) akan diambil dalam kes membabitkan Presiden UMNO itu.

Pada 8 Januari lalu, AGC memutuskan NFA terhadap Ahmad Zahid susulan penelitian terhadap keseluruhan siasatan dan keterangan baharu selepas Mahkamah Tinggi pada 4 September 2023 melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid atas pertuduhan itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN