KUALA TERENGGANU: Pemuda Pas menyifatkan pelantikan Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) baharu sebagai tanda perubahan zaman politik negara ini. Pengarah Pilihan Rayanya, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi berkata, selama lebih 20 tahun politik Malaysia berlegar sekitar nama-nama besar generasi lama serta berkisar kepada konflik personaliti dan sejarah silam. “Pelantikan Dr. Sam (Ahmad Samsuri) membawa satu mesej jelas, Malaysia sedang masuk…










