KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, hari ini. Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda dalam pada pertemuan dipersembahkan taklimat perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta membincangkan isu-isu semasa “Seri Paduka Baginda dipersembahkan perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta membincangkan isu-isu semasa berkepentingan negara,” kata hantaran tersebut. –…










