PETALING JAYA: Lebih 3,500 usahawan termasuk daripada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah terlibat sepanjang tempoh empat tahun penganjuran festival raya Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR). Penganjur bersama My Events International dan Absolut Events & Management berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM61.5 juta hasil jualan berjaya dijana dengan melibatkan kehadiran hampir lapan juta pengunjung dalam tempoh berkenaan. Selain itu, festival berkenaan juga telah menghimpunkan kira-kira 400 selebriti…










