GEORGE TOWN: Kira-kira 9,000 pengguna air di kawasan Lembah Permai dan kejiranan Hillside di Tanjung Bungah di sini dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 12 jam bermula 10 malam, 5 Mac hingga 10 pagi, 6 Mac ini. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K. Pathmanathan berkata, gangguan itu berlaku susulan kerja-kerja menaik taraf dan mengukuhkan sistem bekalan air di kawasan berkenaan. Beliau berkata, PBAPP…










