57,910 murid dikesan bawa talasemia

57,910 murid dikesan bawa talasemia

SERAMAI 57,910 daripada 2.12 juta murid yang menjalani saringan di seluruh negara dikenal pasti sebagai pembawa talasemia. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 57,910 daripada 2.12 juta murid yang menjalani saringan di seluruh negara dikenal pasti sebagai pembawa talasemia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, angka itu menjadikan prevalens pembawa talasemia di seluruh negara pada kadar 59.1 per 1,000 murid yang disaring.

Katanya, prevalens merujuk kepada jumlah individu yang menghidap sesuatu penyakit dalam tempoh masa dan kawasan tertentu.

“Prevalens pembawa talasemia tertinggi direkodkan dalam kalangan masyarakat Melayu, diikuti Kadazan Dusun dan Cina.

“Selain itu, negeri yang mencatat kadar pembawa talasemia tertinggi bagi setiap 1,000 murid disaring adalah Kedah (103), Pahang (90.7), Terengganu (82.1) dan Kelantan (75),” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) mengenai status pencapaian program saringan talasemia termasuk dalam kalangan pelajar berusia 16 tahun, praperkahwinan dan pranatal serta tahap kesedaran rakyat terhadap penyakit itu. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN