KUALA LUMPUR: Seramai 57,910 daripada 2.12 juta murid yang menjalani saringan di seluruh negara dikenal pasti sebagai pembawa talasemia. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, angka itu menjadikan prevalens pembawa talasemia di seluruh negara pada kadar 59.1 per 1,000 murid yang disaring. Katanya, prevalens merujuk kepada jumlah individu yang menghidap sesuatu penyakit dalam tempoh masa dan kawasan tertentu. “Prevalens pembawa talasemia tertinggi direkodkan dalam kalangan masyarakat Melayu, diikuti…










