Banjir Sabah: 38 sekolah, 230 murid terjejas

Banjir Sabah: 38 sekolah, 230 murid terjejas

Banjir Sabah
FADHLINA Sidek
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sejumlah 38 buah sekolah dengan 230 murid dikenal pasti melibatkan 33 sekolah rendah dan lima sekolah menengah termasuk Institut Pendidikan Guru (IPG) Gaya terjejas akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Sabah sejak minggu lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, lima buah sekolah digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah iaitu dua sekolah rendah dan tiga sekolah menengah.

“Secara keseluruhannya, seramai 230 murid terkesan namun tiada guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP) atau pegawai dilaporkan.

“Langkah keselamatan segera diambil bagi mengosongkan blok bangunan dan kuarters pekerja di kawasan berisiko,” katanya kepada pemberita pada Sesi Townhall Antibuli #GenerasiTanpaBuli Peringkat Selangor, hari ini.

Tambahnya, kementeriannya sedang mempertimbangkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) jika keadaan tiada perkembangan positif menjelang pembukaan semula sekolah minggu depan.

“Ketika ini persiapan kita adalah pembersihan sekolah bagi melihat kepada kelancaran pembukaan sekolah.

“Kita juga melihat akses pendidikan yang dapat dilaksanakan di Sabah. Walaupun keadaan cuaca tidak menentu, pendidikan masih keutamaan dan paling penting keselamatan anak-anak dan warga pendidik kita,” ujarnya.

Situasi banjir di Sabah dilapor semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa kepada 3,134 orang yang berlindung di PPS pagi ini berbanding 814 keluarga petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di 27 PPS melibatkan enam daerah iaitu Beaufort, Membakut, Penampang, Papar, Putatan dan Sipitang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN