PETALING JAYA: Sebanyak 4,804 kes melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) tanpa pas atau dokumen perjalanan sah direkodkan sekali gus menjadi kesalahan paling banyak dikesan setakat 19 Februari lalu. Kesalahan ini dikesan selepas Jabatan Imigresen Malaysia melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melaksanakan 1,855 operasi membabitkan pemeriksaan 30,177 individu sejak 1 Januari lalu. Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 7,043 tangkapan PATI melibatkan pelbagai warganegara telah direkodkan. “Berdasarkan jumlah tangkapan ini, kesalahan tertinggi…










