LANGKAWI: Fenomena beting pasir yang muncul setahun sekali susulan air laut surut penuh terus menjadi tarikan unik pelancongan di Pulau Langkawi, apabila ribuan pengunjung termasuk pelancong asing membanjiri Pantai Tanjung Rhu, di sini, awal pagi tadi. Tinjauan mendapati orang ramai mula tiba seawal jam 5.30 pagi bagi menyaksikan keajaiban alam itu, meskipun mereka hanya dibenarkan berjalan di atas beting pasir berkenaan bermula jam 6.30 pagi apabila paras air laut mencapai…










