PETALING JAYA: Aplikasi JustGO Malaysia merekodkan hampir 200,000 muat turun selepas pelancaran rasmi sistem pembayaran tol terbuka berasaskan pengecaman nombor plat automatik (ANPR) pertama negara. JustGO Malaysia berkata, platform berkenaan dibangunkan bagi menyokong pengoperasian yang lebih meluas sekaligus membuka peluang kepada pengendali lebuh raya lain menyertainya. “Menerusi sistem berkenaan, pengguna diberi kebebasan memilih lorong tanpa perlu menyesuaikan kaedah pembayaran ketika memasuki atau keluar dari plaza tol. “Nombor plat kenderaan akan…








