Penunggang motosikal tidak dikenakan tol

Penunggang motosikal tidak dikenakan tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menafikan penunggang motosikal akan dikenakan tol susulan pelaksanaan Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR), sebaliknya menegaskan tiada sebarang perubahan terhadap kategori kenderaan yang dikenakan bayaran itu pada masa ini.

LLM dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya kesal dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan hantaran mengelirukan bertajuk “Penunggang Motosikal Boleh Merasai Pengalaman Membayar Tol Mulai Oktober 2025 Ini” yang dimuat naik di platform media sosial semalam.

Katanya, hantaran berkenaan mengandungi maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan pengguna lebuh raya khususnya penunggang motosikal, selain menjejaskan reputasi kerajaan, Kementerian Kerja Raya (KKR), LLM dan syarikat konsesi lebuh raya.

“Hantaran yang dimuat naik oleh salah sebuah syarikat jualan motosikal adalah tidak benar, mengelirukan dan boleh mencetuskan kebimbangan yang tidak berasas dalam kalangan penunggang motosikal,” katanya.

Menurut kenyataan LLM, PLUS Malaysia Berhad kini sedang menjalankan ujian sistem tol terbuka menggunakan teknologi ANPR dan sekiranya berjaya, ia akan dilaksanakan secara berperingkat di lebuh raya kendalian syarikat berkenaan.

Katanya, objektif utama pelaksanaan sistem itu adalah untuk melancarkan aliran trafik, meningkatkan keselesaan pengguna dan mengurangkan kesesakan di plaza tol.

“Kami menyeru orang ramai khususnya pengguna lebuhraya bertol agar tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat palsu yang mengelirukan atau bersifat hasutan.

“Sebaliknya, rujuklah kepada sumber rasmi dan kenyataan yang disahkan oleh pihak berkuasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN