PETALING JAYA: Langkah menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat memperbaiki skor dan kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN), Datuk Idris Zaharudin berkata, kedua-dua rang undang-undang (RUU) itu adalah sebahagian daripada agenda reformasi dan penambahbaikan tatakelola yang dirancang oleh kerajaan. “Pembentangan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan melalui Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah khususnya…









