KUALA LUMPUR: Seramai 15 individu lagi individu dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli kumpulan penjenayah Kapten Praba masih diburu polis. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail, berkata pihaknya sudah mengenal pasti beberapa individu terlibat dan siasatan sedang diperhebat dengan bantuan serta kerjasama negara-negara sahabat. Katanya, sebelum ini tangkapan sudah dibuat sebelum ini namun ada lagi individu yang berkaitan dikesan. “Kita juga mendapat bantuan daripada negara-negara sahabat dan siasatan masih…








