SEREMBAN: Seorang bekas ahli lembaga pengarah sebuah syarikat kilang memproses sisa elektronik (e-waste) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas pertuduhan memberi suapan kepada seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Februari tahun lalu. Tertuduh, Jiang Fanjun, 43, yang merupakan warganegara China membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Mohamad Kamil Nizam selepas kertas pertuduhan dibacakan kepada dalam bahasa Mandarin. Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah bersubahat dengan seorang…










