PETALING JAYA: Seorang wanita warga emas maut dirempuh sebuah kereta ketika berjalan kaki di Jalan Sentul berhampiran Pasar Sentul dekat sini, pagi tadi. Kejadian sekitar pukul 9.30 pagi itu menyaksikan mangsa berusia 69 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, mangsa dipercayai melintas jalan di kawasan bukan lintasan…










