Wajah serupa Sindrom down tanda kekuasaan Allah
SOALAN
Saya lihat kebanyakan penghidap Sindrom Down memiliki wajah lebih kurang sama. Apa hikmah Allah menjadikan persamaan di antara mereka semua?
Hidayat
Pendang, Kedah
JAWAPAN
Hikmahnya adalah Allah ingin menunjukkan kekuasaan-Nya kepada setiap hamba-Nya dan ingin menguji siapa yang lebih baik amalannya.
Pamer gambar keluarga di dinding rumah
SOALAN
Semasa menziarah rakan saya di rumahnya baru-baru ini, saya lihat dinding rumahnya penuh dengan gambar mereka sekeluarga. Saya hendak tahu adakah Islam membenarkan potret di letak pada dinding rumah?
Kurniawan
Cheras
JAWAPAN
Tidak salah meletakkan gambar-gambar keluarga di dinding untuk hiasan dan kenangan. Bagaimanapun pastikan ahli keluarga di dalam gambar tersebut menutup aurat agar tidak dilihat oleh orang luar yang datang menziarahi rumah tersebut.
Hukum makan petai dan makanan berbau
SOALAN
Apakah hukumnya umat Islam memakan makanan seperti budu, petai, cencalok dan makanan jeruk lain. Ada yang mengatakan ia makruh. Mohon penjelasan ustaz.
Sulaiman
Besut, Terengganu
JAWAPAN
Tidak ada pengharaman terhadap makanan-makanan yang disebutkan itu. Melainkan, sekiranya makanan tersebut membawa kepada bau busuk yang boleh mengganggu orang lain dan sekelilingnya maka hukumnya adalah makruh.-UTUSAN
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada
[email protected]









