KUALA LUMPUR: Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 bukan sekadar kempen pelancongan, sebaliknya menjadi manifestasi keyakinan Malaysia dalam menempatkan diri sebagai destinasi utama dunia dengan menekankan kestabilan politik, keharmonian sosial dan komitmen bersama semua pihak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, usaha nasional ini melibatkan kerjasama merentas kementerian, kerajaan negeri, syarikat penerbangan, penggiat industri pelancongan serta rakyat Malaysia sendiri. “Pelancongan hanya dapat berkembang dalam suasana stabil,…










