Utusan Malaysia struktur semula Jabatan Pengarang

Utusan Malaysia struktur semula Jabatan Pengarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Utusan Malaysia menstrukturkan semula pengurusan editorialnya yang menyaksikan kenaikan pangkat dan perubahan jawatan beberapa pengarangnya.

Langkah itu menyaksikan tiga Penolong Pengarang Berita iaitu Juani Munir Abu Bakar, Hadi Ab. Manap dan Badrul Hafizan Mat Isa dinaikkan pangkat sebagai Pengarang Berita berkuatkuasa 1 Januari.

Juani Munir menyertai Utusan Malaysia pada 2010 sebagai wartawan kadet, Hadi pada 2017 dan Badrul Hafizan pula pada 2012.

Turut dinaikkan pangkat ialah Siti Athirah Dzulkifly sebagai Penolong Pengarang Hiburan dan Athirah Huda Zulhe (Penolong Pengarang Luar Negara).

Sementara itu Timbalan Pengarang Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Ismail Daud kini menge­tuai Kosmo! sebagai Pengarang akhbar tersebut.

Tempat beliau dipangku oleh Muhammad Nizam Abdul Hamid yang akan membantu Pe­ngarang Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Aznan Bakar.

Dalam pada itu, Pengarang Luar Negara, Adlinahani Khalil dilantik sebagai Pengarang Gaya dan wartawan Gaya, Intan Suhana Che Omar pula mengetuai portal, Muslimah.com.my.

Muslimah merupakan satu lagi penerbitan baharu di bawah Media Mulia yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

Sementara itu, Mohammad Radzi Mohd. Zin kekal sebagai Pengarang Berita Kanan, begitu juga Fauziah Arof sebagai Pengarang Berita Kanan Mingguan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN