KUALA LUMPUR: UMNO tidak akan menghalang mana-mana jurucakap negeri atau sayap parti daripada membangkitkan sebarang usul, termasuk cadangan berkaitan kedudukan parti dalam Kerajaan Perpaduan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, walaupun tiada usul keluar kerajaan perpaduan dihantar kepada ibu pejabat UMNO, namun ia tidak mengahalang jurucakap untuk membangkitkan isu tersebut. “Kita tidak pernah menghalang untuk jurucakap-jurucakap daripada negeri-negeri. Seperti mana tradisi…










