ALOR SETAR: UMNO didakwa sukar untuk membuat keputusan penting terhadap kerjasama politik dengan pihak lain kerana dibayangi pemimpin mereka yang menanggung beban besar. Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa, pemimpin parti itu terikat dengan rekod lalu sehingga tidak berupaya untuk menentukan hala tuju seterusnya. “Ada orang buat kartun, dia kata jangan nyalakan api, selepas itu Jabatan Peguam Negara pula bawa keluar kenyataan tentang dilepaskan…










