UMNO mohon pertimbangan hukuman Najib diringankan

UMNO mohon pertimbangan hukuman Najib diringankan

AHMAD Zahid (kanan) ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO memohon pertimbangan Yang di-Pertuan Agong agar hukuman yang sedang dilalui bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, susulan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diberikan keringanan atas dasar ihsan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, permohonan tersebut dibuat dengan penuh takzim dan menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda agar hukuman yang dilalui oleh bekas Perdana Menteri itu diberikan pertimbanhan dan keringanan.

“Beliau sendiri (Najib) telah menghubungi saya dalam kepayahan yang dilalui beliau ketika berada di sebalik jeriji besi.

“UMNO merafak sembah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong agar insan bernama diberikan ihsan terhadap hamba Tuanku.

“Bagi hamba Tuanku itu beroleh apa sahaja pertimbangan dan keringanan untuk membolehkan beliau dapat kembali semula ke pangkuan keluarga dan pimpinan UMNO,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN