MELAKA: Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan diingatkan menghormati sempadan masing-masing dengan tidak mencampuri urusan dalaman parti lain bagi mengelak tercetusnya polemik yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan politik negara dan negeri. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, isu yang tercetus kebelakangan ini khususnya di media sosial tidak wajar diperbesarkan sehingga mengakibatkan perbahasan tidak sihat, sekali gus mengganggu hubungan sesama rakan. Katanya, semua pemimpin yang berada dalam…










