Tunggu sah letak jawatan dulu, baru bincang Pengerusi PN

Tunggu sah letak jawatan dulu, baru bincang Pengerusi PN

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Perbincangan calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu hanya dilakukan selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan secara rasmi oleh majlis tertinggi gabungan itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PN belum mengadakan sebarang mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut.

“Belum ada (calon pengganti Muhyiddin). Sebab kita nak memuktamadkan dulu tentang pengesahan peletakan jawatan pengerusi.

“Selepas itu, barulah empat parti komponen akan duduk berbincang untuk menentukan siapa yang akan menggantikan beliau,” katanya selepas majlis sambutan Minggu Al-Quds Sedunia.

Tambahnya, Pas belum menghantar senarai calon Pengerusi PN buat masa ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN