KUALA LUMPUR: Seorang wanita didenda RM35,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan menipu dalam pembelian mesin bitcoin di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini. Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Lim Pei Pei, 40, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa. Tertuduh diperintahkan dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Mengikut pertuduhan pilihan, ibu empat anak itu telah menipu seorang pengurus operasi syarikat komputer, Tan…










